19.07.2017 Genapla sudah perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik. Cikgu Zaliha Amar yang mula berkhidmat pada 1992. Seorang guru yang sangat penyabar dan merendah diri. Gigih membantu anak-anak pra sekolah SK Melayu Pusat sehingga ke hujung kariernya. Semoga sentiasa sihat dan ceria di samping keluarga tersayang. Jasamu akan dikenang sampai bila bila.
Majlis Persaraan Puan Zaliha di hadiri oleh wakil PPD Encik Suhaili. Majlis ini dmulakan dengan Ucapan Aluan Guru Besar SK Melayu Pusat, Wakil PPD dan Ucapan yang dirai Puan Zaliha binti Amar.
Majlis di meriahkan lagi oleh persembahan murid pra sekolah dan tahun 5. Seterusnya persembahan multimedia seterusnya penyampaian hadiah kenang kenangan daripada semua pihak.
Duhai guru
Pembina Negara Bangsa
Yang mengisi dada anak bangsa
Dengan ilmu dah perasaan kasih
Kini sudah dipenghujung kerjayamu duhai guru
Namun tak bererti sebuah pengakhiran
Ilmu yang disampai kan terus jadi amalan
Moga anak didik yang cikgu sayangi
Menjadi insan
Duhai guru
Sudah bermusim kita bersama di sini
Banyak cerita yang kita kongsi
Hingga kenal hati dan budi
Sebak dan sayu nak ditinggal pergi
Namun jangan ditangis perpisahan ini
Kerana kami di sini tak pernah melupakan
Ketahuilah duhai guru
Perpisahan ini amat memeritkan
Kau kan dirindui
Selagi nafas masih ada
Bersama anak anak murid beliau di hari terakhir karier beliau
Bersama-sama rakan seperjuangan
0 comments:
Post a Comment