Sekolah ini ditubuhkan pada tahun
1929, bermula sebagai sekolah rakyat. Bangunan asal daripada kayu dan beratap nipah dibina di atas sebidang tanah berhampiran kawasan sawah.
Guru Besar pertamanya ialah Allahyarham Tuan
Haji Ishak bin
Ahmad.

Menjelang tahun
1962, sekolah ini semakin berkembang maju. Pada masa itu, bangunan sekolah ini bertambah menjadi tiga buah bangunan dengan jumlah sembilan buah bilik darjah dan menampung kira-kira 220
orang murid.
Pada tahun
1975, sekolah ini mempunyai lokasi seluas lima
ekar dan turut didirikan bangunan konkrit. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19 Februari 1976
oleh Yang
Berhormat Dr.
Mahathir bin Mohamed, Menteri Pelajaran
Malaysia ketika itu.
Sekiranya ada lagi tentang sejarah untuk Sk.melayu pusat Limbang..boleh Whatshapp saya di talian:- 019-8354897
ReplyDelete